Hakcipta
Terpelihara © Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang | WebMaster
PROGRAM
PEMBINAAN PORTAL
“e-Pusat Sumber”
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Pulau Pinang
Sekolah di abad 21 menghadapi cabaran Pendidikan
yang besar, terutamanya dengan memberi maklum balas kepada revolusi teknologi.
Kita juga sedar bahawa dalam abad 21, pelajar yang didedah dengan teknologi
mempunyai kelebihan dari segi sosial dan profesional berbanding dengan pelajr-pelajar
yang kurang beruntung (disadvantaged
children). Sehubungan ini, wujud keperluan yang mendesak untuk menambahkan
punca atau saluran mendapat maklumat.
Antara
perkhidmatan yang disediakan dalam laman e-pusat sumber ini ialah
Oleh
itu, seiring dengan dunia yang tanpa sempadan dan ICT menjadi agenda utma dalam
melahirkan masyarakat k-ekonomi, satu program dibina bagi membantu guru berkomunikasi
dan mendapat maklumat terkini mengenai Pengurusan Pusat Sumber (PSS) serta aktivit-aktiviti
yang berkaitan dengan secara maya. Selaras dengan pembestarian pendidikan, portal
“e-Pusat Sumber” ini, dapat menjadi saluran untuk berhubung dan
berkomunikasi secara elektronik terutamanya di kalangan penyelaras Pusat Sumber
Sekolah seluruh Malaysia. Mewujudkan rangkaian di kalangan warga Pusat Sumber
Sekolah serta berhubung dan melayari pautan-pautan yang terdapat di dalam portal
“e-Pusat Sumber” seperti : Forum, Nota Kursus, Bahan-bahan Terbitan
dsb. Di samping itu melalui portal ini juga segala maklumat dapat disebarluaskan
dengan perkembangan terkini dunia pendidikan khususnya Literasi Maklumat dan
Pembelajaran Bersasakan Sumber.